Wednesday, October 13, 2010

Exam sudah habes lulus tak lulus belakang kira

Hari ni sangat heaven gila. Exam da habes tadi dan kelas pon takde, so hari ni marila kita berpoya-poya okeh. Tapi poya-poya kat bilek jek la, karoeke sendiri ( betol ke eja ni,aku tibai jek), tengok utube, annoying orange misalnya. Siyes skang aku suka gila tengok annoyin orange ni, memang gila annoying la tapi kelakar. Naseb la dia buah kan ,kalau orang mesti da kena campak dari tingkat 10 agaknya. Berbalik pada cite pasal elaun tadi, apakan daya elaun bulan ni dah abes. Baya sewa bilek yang da naik harga ni, duit internet lagi, duit kitas..Sadis sungguh. Tu la, ingat 1000 banyak sangat ke.  Memang la kalo convert jadi rupiah sampai dapat juta-juta. Tapi juta-juta kat sini bukan la besar sangat. Tak percaya cuba tinggal kat sini sebulan, bawak 1000 jek. Bayar la sewa bilek, internet sendiri. Mesti korang (ceh,bajet cam ade orang baca jek :P) paham perasaan aku lantas mengambil keputusan membuat petition mendesak MARA naikkan elaun kami kat sini..yezza. Aku skang kira okeh lagi la, cuma kesian kat senior2 yang da koas (read:clinical year), kalau yang dapat praktek kat rumah sakit yang jauh tu terpaksa sewa sampai 2 bilek, ye la takkan nak ulang alik. Lagi la banyak duit yang nak kena guna. Belum kes kena buli2 suruh belanja itu ini lagi..isk isk..Aku bukannya tak bersyukur tapi aishh susah nak cakap kalau korang tak rasa sendiri. First time datang sini pon aku ingat 1000 tu banyak gila sampai tak berhabesan, tapi skang da merasa tinggal sini baru tau cukup ke tak. Dapat simpan untuk beli tiket flight balik Malaysia da kira cukup bagus da. Alhamdulillah setakat ni pon aku tak pernah mintak mak ayah aku suruh support tiket or bagi duit lagi ke. Mak ayah aku pon bukannya kaya pon, adik-adik ramai lagi nak sekolah kot. Erk, alamak asal melalut sampai buat cite sedih ni..ngeh ngeh..abaikan~~

Oh pagi tadi on the way nak ke kampus, jalan kaki bertiga, tetiba ada bapak yang nak buat lawak tak hengat agaknya, siap cakap : "kamu bertiga ini kayak pramugari, ga usah jadi dokter jadi pramugari aja" . Apa motif pon aku tak tau, aku da la kurang ketinggian, kawan aku yang lagi 2 orang tu memang la tinggi..hua hua hua. Mungkin bapak ni tengok kitorang ayu jek kot pagi-pagi ngan baju kurung, nampak lemah lembut gitu..hak hak..terpuji diri sendiri pulak..

No comments:

Post a Comment