Sunday, October 31, 2010

I luv u so strong la..

Hepi gila sampai tak tido petang hari ni.. sebab ape?? jeng jeng jeng



See?? Iqram reply aku nye tweet okeh!!!  belom artis korea lagi yang reply, kalo tak memang aku canang 1 dunia.. oops,tak boleh lebih2, nanti ada orang jeles..betol tak ekin?? hahaha

Thursday, October 14, 2010

Ku ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari

Hujan kat luar, lebat gila. Aku suka hujan bila time tu aku ada dalam rumah  dan takde plan nak keluar pergi mana-mana. Bestnya, boleh tido banyak-banyak kan.  Aku tak suka bila hujan time dari kampus nak balik ke rumah, sebab dah la aku balik jalan kaki, pastu jalan lecak, kena elak2 lecak, belom kereta lagi lalu, pastu terpercik2 kat baju..Memang menyakitan hati.  Kat sini hujan sekejap jek, tapi air longkang da naik sampai ke jalan. Eeek!! Yukks!! Sistem perparitan dia memang bermasalah. Plus lagi aku tak suka bawak payung, buat berat beg. Lagian kalau hujan mesti kat kampus da sedia ojek payung. Kira macam nanti ade orang datang tumpangkan payung untuk kau  tapi nanti kau bayarla berapa-berapa kau nak bagi kat dia. See, kat sini macam-macam cara nak carik duit, cuma nak tak nak jek. 

Wednesday, October 13, 2010

Exam sudah habes lulus tak lulus belakang kira

Hari ni sangat heaven gila. Exam da habes tadi dan kelas pon takde, so hari ni marila kita berpoya-poya okeh. Tapi poya-poya kat bilek jek la, karoeke sendiri ( betol ke eja ni,aku tibai jek), tengok utube, annoying orange misalnya. Siyes skang aku suka gila tengok annoyin orange ni, memang gila annoying la tapi kelakar. Naseb la dia buah kan ,kalau orang mesti da kena campak dari tingkat 10 agaknya. Berbalik pada cite pasal elaun tadi, apakan daya elaun bulan ni dah abes. Baya sewa bilek yang da naik harga ni, duit internet lagi, duit kitas..Sadis sungguh. Tu la, ingat 1000 banyak sangat ke.  Memang la kalo convert jadi rupiah sampai dapat juta-juta. Tapi juta-juta kat sini bukan la besar sangat. Tak percaya cuba tinggal kat sini sebulan, bawak 1000 jek. Bayar la sewa bilek, internet sendiri. Mesti korang (ceh,bajet cam ade orang baca jek :P) paham perasaan aku lantas mengambil keputusan membuat petition mendesak MARA naikkan elaun kami kat sini..yezza. Aku skang kira okeh lagi la, cuma kesian kat senior2 yang da koas (read:clinical year), kalau yang dapat praktek kat rumah sakit yang jauh tu terpaksa sewa sampai 2 bilek, ye la takkan nak ulang alik. Lagi la banyak duit yang nak kena guna. Belum kes kena buli2 suruh belanja itu ini lagi..isk isk..Aku bukannya tak bersyukur tapi aishh susah nak cakap kalau korang tak rasa sendiri. First time datang sini pon aku ingat 1000 tu banyak gila sampai tak berhabesan, tapi skang da merasa tinggal sini baru tau cukup ke tak. Dapat simpan untuk beli tiket flight balik Malaysia da kira cukup bagus da. Alhamdulillah setakat ni pon aku tak pernah mintak mak ayah aku suruh support tiket or bagi duit lagi ke. Mak ayah aku pon bukannya kaya pon, adik-adik ramai lagi nak sekolah kot. Erk, alamak asal melalut sampai buat cite sedih ni..ngeh ngeh..abaikan~~

Oh pagi tadi on the way nak ke kampus, jalan kaki bertiga, tetiba ada bapak yang nak buat lawak tak hengat agaknya, siap cakap : "kamu bertiga ini kayak pramugari, ga usah jadi dokter jadi pramugari aja" . Apa motif pon aku tak tau, aku da la kurang ketinggian, kawan aku yang lagi 2 orang tu memang la tinggi..hua hua hua. Mungkin bapak ni tengok kitorang ayu jek kot pagi-pagi ngan baju kurung, nampak lemah lembut gitu..hak hak..terpuji diri sendiri pulak..

Tuesday, October 12, 2010

Asek exam jek sampai da jadi imun pulak

Esok exam mikrobio and for the first time aku totally blur sebab tak tahu nak bace apa untuk exam esok. Macam pelik gila kan. Dah tu pegi kelas hari2 kau belaja apa hana oi.Oops, pembetulan,sebenarnya kelas mikrob baru 2 hari kot pastuh da exam. hee

Mengikut cerita kawan2 yang da lepas stase yang aku amek skang, diorang bitau exam mikrob kau just buat experimen, nanti  da siap kau godek2, letak slide kat mikroskop cari la sampai jumpa segala bakteria pastuh tunjuk kat dosen. Aku takut aku pede (read: percaya diri) jek plus muka yakin gila bitau dosen ni bacteria blah blah, gram positif negatif segala pastu paap senang2 dia kasi pangkah kertas jawapan aku. Aku tak mau repeat, sengsara kot. Oh lagi satu, aku selalu tertuka strep ngan staphylococcus..Hafal beza 2 makhluk  ni jek la malam kang boleh tak..hek hek

Tadi pon sampai 3 kali aku ulang buat experimen tu,.aishh. Semoga esok semua lancar jek. aminn :)

Monday, October 11, 2010

benda yg paling aku susah nak buat adalah pikirkan tajuk ape yg sesuai.

Baru jek lepas chatting dengan kawan baik mase zaman matrix dulu..rindu gila dekat dia. Da lama kot tak jumpe. Tak tau bila la boleh jumpa dia balik. And aku da terbagi link blog kat dia. Argh, mula-mula ingat tak nak bagi tau sape2 pon. Tak pe la kan. Kira halal la..hihi.

Oh ye, first kelas mikrobio pagi tadi. Naseb takde kuiz segala, just buat eksperimen pewarnaan gram. Buat swab tenggorok. Abes tekak kawan aku, aku sental betol2 sebab nak dapatkan sample.Oops, tadi secara tak sengaja tertumpahkan larutan violet. Mane la aku tau kan, tangan lembut sangat gamaknya, naseb tak pecah botol tu. Budak-budak laen da senyum-senyum tengok aku. Doc tak tau la die perasan ke tak, tapi tengok doc pon cam buat2 bodo jek. Aku pon buat muka tak bersalah jek la kan. Grup aku memang selekeh gila la meja tadi, dengan cairan yang tertumpah. Salah sape la tu eh..ngeh ngeh.

Oh, baru ingat, aku ingatkan kelas aku sesi petang, rupa-rupanya doc da gabungkan grup petang sekalian dengan pagi. aishh. Tak pepasal kelam kabut pagi tadi, nasib ada mbak tolong gosokkan baju..Terima kasih kepada mbak, esok tolong gosok lagi eh..hehe

Sunday, October 10, 2010

baru dari ladang

Ni blog yang ke-4 aku..Blog-blog sebelum ni da di delete. Gedik gila kan, da buat pastu delete. Gigih pulak tu buat balik acc baru..ngeh ngeh..biasa la kalo orang da rajin tak bertempat ni kan..sebenarnya bukan apa pun, cuma rasa macam kurang senang bila ada kawan-kawan sendiri tau aku ada blog. Macam tak best pulak nak meluah-luah perasaan bila ada orang yang kita kenal baca apa yang kita tulis.Nanti tak pasal2 aku jadi bahan kutukan mereka2.hukhuk



Btw, esok da start stase baru (PA/PK/Parasit)..aku tak prepare ape2 pun untuk kelas esok ni. Harap dosen tak terpikir nak  buat surprise kat kitorang..Mane tau tetibe rajin bagi test mengejut ke kan. Naya jek kalo macam tu. Nasib la dapat kelas sesi petang, tengok lah pagi2  esok kalo rajin gi la pinjam buku sape2 yang da lepas stase ni.hikhik